Suasana Tenang Aman Damai Di Pantai
Pantai Tanjung Simpang Mengayau memang amat tenang dan aman damai. Airnya jernih dan pantai jauh dari kebisingan dan hiruk pikuk kota raya. Udara yang nyaman dan segar menyebabkan pantai ini tambah menarik dan bagi mereka yang pernah ke sini, pasti sentiasa teringat-ingat akan kawasan pantai ini.
Anda boleh mandi manda di pantai yang bersih ini. Atau pun menyewa boat dan perahu di sana. Semuanya pada harga yang berpatutan. Airnya agak sejuk dan menyegarkan. Selalunya lebih ramai pengunjung mandi di waktu pagi dari sebelah petang. Ada kemudahan untuk membersihkan badan selepas mandi.
Labels: Pantai
Post a Comment