Tanjung Simpang Mengayau


Walaupun artikel ini dibuat secara ke belakang (backdated), namun ianya sebenarnya adalah artikel yang baru dan ditulis pada tahun 2016. Namun, untuk menyesuaikan dengan template blog, maka teknik ini terpaksa digunakan. Bukan senang untuk urus blog tau!


Re-Visit Tanjung Simpang Mengayau


Re-Visit Landmark Tanjung Simpang Mengayau
Sebagaimana yang disebut dalam artikel terdahulu, kami sekeluarga memang suka ke Tanjung Simpang Mengayau Kudat Sabah. Oleh itu, hujung tahun lalu, kami ke sana lagi sambil membawa keluarga yang datang dari KL.

Cuma kali ini, kami tidak luangkan banyak masa di Tip of Borneo. Lepak-lepak di pantai dan ambil angin sekejap, sebelum mendarat ke bandar Kudat.

Pantai Tanjung Simpang Mengayau

Pulau


Di musim cuti, nampaknya ramai orang yang datang untuk bergambar dan mandi laut. Pantai yang bersih dan air laut yang jernih membuatkan mandi-manda di sini amat menyeronokkan. Sayangnya, kami tiba di waktu tengahari dan matahari agak terik pula. Oleh itu, tidak boleh terlalu bermandi-manda. Lebih-lebih lagi Fenomena El Nino dilapurkan sedang menyerang negara ini. Aduhhh...

Pantai Bersih

Air Laut Jernih


Artikel ini sebenarnya lebih kepada posting bergambar sahaja kerana sudah terlalu banyak cerita kami tulis mengenai Tanjung Simpang Mengayau ini. Rancangan kami, jika ada rezeki nanti adalah untuk tidur sehari dua di resort di pantai ini. Baru ada maklumat tambahan untuk pembaca semua, kan?

Ok, please enjoy gambar-gambar terbaru dari kami.

Baca juga: